Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting

Wednesday 25 August 2010

Sehari dengan hati.

Pagi,
Syukur pada Ilahi,
Diri masih bernafas lagi,
Peluang keemasan untuk memperbaiki diri,
dan tingkatkan iman di dalam hati.

Zohor datang ziarah lagi,
Tertanya diri,
Sudah sembuhkah wahai hati?
Atau masih lalai dengan cinta duniawi?

Asar, lagi peluang yang diberi Ilahi,
Untuk sucikan hati, perbaikkan diri.
Selamatkan diri dari azab yang tidak terperi,
Sudah insafkah engkau wahai hati?

Dapat berjumpa maghrib pada hari ini,
Hari esok tidak tentu lagi,
Diri, sudah cukupkah jasadmu berbakti?
Ikhlas demi Tuhan yang Maha Tinggi?

Alhamdulillah, Isya' hadir sekali lagi,
Namun diri, sudahkah engkau periksa hati?
Cinta Allah-kah yang menjadi prioriti?
Atau janji manusia yang tidak pernah pasti?

Itulah dia,
Episod 'sehari dengan hati'.
Moga episod ini sentiasa diulangi,
Agar dapat ku insafi,
Akan kekerdilan diri di hadapan Ilahi.


A glimpse of Land's End, Cornwall. :)

Tuesday 24 August 2010

Engkau NAK lelaki soleh?

"Siapa yang dapat jawab, kita hadiahkan doa" kata abang fasilitator tu.
Lantas, tanganku pun terangkat tinggi-tinggi. Dari tadi ada hasrat ingin menjawab, malu je - itu masalahnya.

"Ha, itu nak doa la tu. Bagus3. Datang sini, jawab dekat depan" Sambung abang fasilitator. "Nama apa?" dia tanya.

"Nabihah" senang aku menjawab.

*Ha? Itu je soalannye? hehe. takde5. itu dia bertanya nama je, takde hadiah untuk nama. :)*

"Ok, soalannya, kenapa kita lebih malu dengan manusia daripada malu dengan Allah?" abang tu tanya.

"err.." fikiranku kosong. Jawapan yang entah pape mengisi otakku. "entah. sebab dorg malu dengan manusia kot" Jawabku ringkas. Terdetik di hati "aik. bukan tu soalan ke?" Muka dah makin merah, berdiri di hadapan 200 lebih pelajar, cikgu pun ada. Buat malu je. T.T Takpe3. nak buat macam mana? Bila orang tanya soalan, tak habis fikir jawapan, terus rajin mengangkat tangan. 

Abang fasilitator tu pun, macam faham budak seorang ni dah malu, tanya lah soalan lain - soalan yang seakan-akan solan yang pertama, cume subjek malu ditukar jadi berus gigi. "Kenapa manusia berus gigi bila berjumpa dengan kawan2 dan manusia lain, tetapi tidak memberus gigi apabila solat?"

"hurrmm..sebab diorang malu mulut berbau kut. dah jumpa face to face dengan manusia. Waktu solat, diorang tak nampak Allah. So, mungkin diorang lupa kot yang Allah nampak diorang" jawapku, mengharap persetujuan dari abang fasilitator tu. 

"ok la jawapan tu." jawap si abang F tu. "Ok. untuk hadiah adik, jom kita semua tadah tangan, bacakan doa untuk adik Nabihah ni" Semua murid tadah tangan, pandang aku. Segan yang dirasakan tak terkata tingginya.
Aku pun tadah la tangan, mengharapkan doa yang akan abang F tu baca doa yang baik2 dan akan dimakbulkan.

"Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada adik Nabihah Md Zaid ini taufiq dan hidayahMu, tunjukilah dia jalan yang benar. Perbaikkanlah akhlak dan ibadahnya. Jadikanlah dia seorang anak yang patuh kepada kedua ibu bapanya, Kurniakanlah kepadanya lelaki yang soleh sebagai suaminya dan jadikanlah dia seorang isteri yang solehah. Kurniakanlah kepadanya zuriat yang baik dan matikanlah dia dalam keadaan khusnul khotimah. Berkatilah, rahmatilah dan redhailah dia. Ameen" baca abang F. Kami pun turut mengaminkan doa tersebut. Hatiku waktu tu, bukan main gembira lagi, dapat doa sebegitu baik dan diaminkan oleh lebih dari 200 orang. Alhamdulillah. Moga Allah makbulkan. :)

Habis sesi ceramah tu, aku menunggu dengan kawan2 di perhentian bas yang terletak di seberang sekolah, menanti kedatangan ibu bapaku. Sedang kami gelak ketawa, bergurau senda, salah seorang dari kawanku, S, berkata "Nabihah. Engkau tahu tak tadi ramai orang aminkan doa tadi. Lagi tinggi peluang dimakbulkan."

Pelik dengan nada S berkata, aku pun menjwab "Yeah? So? Bagus la tuh? :D"

"Engkau nak ke kahwin dengan lelaki soleh?" tanya S.

"Of course la, siapa yang tak mahu?" jawapku ringkas.

"Seriously? Nanti dia kongkong engkau kang? Suruh pakai tudung la, ini la, itu la" S bekata lagi.

"Aku OK je. Kalau dia lelaki soleh, of course la dia seorang yang baik. Kalau aku buat salah, dia perbetulkan. Kalau aku tak pakai tudung, dia ingatkan aku untuk pakai. Kan bagus? Ada orang yang akan mengingatkan aku bila aku lupa. Boleh selamatkan aku dari api neraka, InsyaAllah." jawapanku, panjang lebar.

"Hmm. Engkau iman tinggi, aku bukan macam engkau la. Rimas aku kalau ada orang kongkong aku" jawap S.

"Ha? Macam mana engkau boleh ukur aku punya iman pulak ni? Kalau dia kongkong, itu untuk kebaikan engkau jugak. Tapi, kalau dia memang betul seorang lelaki yang soleh, mana boleh dia kongkong engkau, dakwah perlu berhikmah. Kan?" jawap aku, mengharapkan dia boleh nampak kebaikan dalam 'lelaki soleh'. 
"Hmm. maybe." jawap S ringkas. Mungkin malas nak berdebat, mungkin dia dah nampak point aku. Yang pasti, aku harap doa tadi dimakbulkan Allah S.W.T. :)
Episod ni berlaku waktu diri ini sedang di bangku sekolah menengah. Mungkin waktu tu, umur baru, 13, 14 atau 15. Yang pasti, waktu sedang belajar di SMK St.Mary dan sebelum aku datang ke sini (England). Jadi, memandangkan sudah teramatlah lama episod ni terbuku di dalam hati, tak semua details boleh aku ingat, tak semua details dalam cerita ini boleh dijamin benar, doa tu pun aku tak ingat sepenuhnya. Yang memang aku highlight dalam doa tu, tentang lelaki soleh sampai sekarang aku ingat adalah kerana soalan yang ditujukan S. 

Sampai sekarang aku tertanya tanya, jikalau lelaki soleh bukan menjadi pilihan para gadis, lelaki jenis apa yang remaja2 sekarang cari? Yang akan 'bersuka ria' sebelum kahwin dan meninggalkan mereka pabila sudah berkahwin? Itupun, KALAULAH sampai ke alam perkahwinan hubungan mereka. Jikalau tidak, siapakah lelaki yang mereka ingin dijadikan suami?  Tidak terkejutlah bila makin lama makin banyak kes zina. Tidak terkejutlah di zaman sekarang, kanak2 di bangku sekolah rendah pun dah mula menjinak-jinakkan diri dengan cinta monyet mereka, bercouple sini dan sana. Siap bertukar-tukar boyfriend lagi. Iman sudah hilang nilaikah? Nauzubillah. Astargfirullah hal azhim. Aku berlindung kepada Allah daripada trend zaman sekarang yang rosak lagi merosakkan.

Akhirnya, saya memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung. Entri ini ditulis sebagai peringatan kepada diri untuk memperbaiki iman dan sabar dalam menempuhi dugaan.

Sekian, terima kasih.

Salam~ ^^

Wednesday 11 August 2010

My Loves, Ramadhan's here!! :D

It's nearly here and as I understand, it will start on Wednesday the 11th (tomorrow) ! :) Happy fasting! :) May our deeds be accepted and our faith strengthen. :)

This note is for all - mama, ayah, abg2, kakak2, adik2, nenek2, atok2, cucu2, moyang2 n all!. :) Unfortunately, I wanted to tag loads more people but I can't. T.T So, whether you're tagged or not, please read :)

I'd like to say I'm sorry for all my wrongdoings, my words which may hv upset you, acting like a kid, calling names that you don't like (do let me know), talking behind your back, not keeping promises, not paying back my debts and all the other horrible things which I may have done or put you through. Apologies from my hand, my mouth, my brain, my heart, my everything! I am so so so so so so SORRY. really I am. will you forgive me? :( 

Other than that, I'd like to say thank you to ALL for helping me, advising me, reminding me of the difference between good and bad and a lot of other good deeds you've done. :D Thank you! May Allah bless! :)

May we have a blessed ramadhan and may we meet lailatul qadar, insyaAllah. :) I pray you peace and harmony. :D 

salam~ ^^

Thursday 5 August 2010

This iPhone is for .....

Correct. This iPhone is for the one and only 'BIG cucu' that I have, ojeesan or better known as Munsyi OR better known as, again, bakal jurutera. From the last name, I presume he dreams of being an engineer. He does automotive engineering anyway - so, I'm pretty sure I'm right to say he wants to be an engineer. :D

Since it's your birthday, bakal jurutera, let me just say - thank you for all your help, ojeesan! What's that got anything to do with your birthday? Well, that's an example of how long you've helped me - it's been like what? 23 years now?! LOL. nahh..I've not lived that long. It's been for about a couple of months now? I ain't fooling - thanks atok (the name you refused to be called)!

Before I forget, if you're getting married before June next year, please do prepare a sum of money for my flight to your wedding! haha xD <-- No, seriously - I'm dead serious.! :)

Just a short poem for you:

Selamat hari jadi wahai bakal jurutera,
Syukur, umurmu panjang dengan izin-Nya.
Jangan lupa jemput obachan di luar negara,
Pabila kamu berkahwin dengan si dia.
Demi kebahagiaanmu wahai bakal jurutera,
Doaku, moga kamu berjaya di dunia dan akhirat hendaknya. 

And here I end this entry, Assalamualaikum~ ^^

*****END*****

Wednesday 4 August 2010

Aku pernah ditanya



Aku pernah ditanya,
apakah itu makna cinta?
Sungguh ku rasa,
soalan itu tidak patut ditanya,
kepada diri ini yang masih belajar tentang dunia.

Hatiku mengatakan,
Cinta itu perasaan kasih yang mendalam lagi melembutkan.

Akalku mengatakan,
Cinta itu kasih sayang yang tiada batasan.

Apabila ku mengambil masa,
memikirkan jawapanku sedalam-dalamnya,
Ternyatalah diri ini telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor dunia,
di dalam definisi cinta.

Jawapan terbaikku tentang cinta,
Ia amat berharga, amat mulia untuk diberi makna sewenang-wenangnya.
Tidak boleh dihakimi dengan kata-kata.
Tidak boleh disamakan dengan perasaan suka.

Cinta kepada yang Maha Esa,
Adalah cinta yang paling mulia,
Dan patut menjadi prioriti kita sebagai hambaNya.

Cinta kepada keluarga, saudara mara dan semua yang kita jumpa,
Adalah harus untuk kesejahteraan di dunia.

Cinta di antara suami isteri,
bahagia lagi membahagiakan,
menambahkan pahala dan keredhaanNya.

Tetapi, apabila pasangan yang tidak sah mengatakan diri sedang dilamun cinta,
Akan selamatkah mereka dari dosa dan murkaNya?
Akan terpeliharakah diri mereka dari seksaan kubur dan neraka?

Jadi, berwaspadalah apabila bercinta,
Jadikan Pencipta dan pesuruhNya sebagai prioriti kita,
Ibu bapa, keluarga dan saudara seagama seterusnya,
Dan janganlah kita mudah terpedaya dengan kata-kata manusia yang mengatakan diri dilamun cinta.

Monday 2 August 2010

Aku nak jatuh cinta.

Aku nak jatuh cinta.
Aku nak cari cinta yang mulia.
Cinta manusia?
Tidak sama sekali, kerana,
Cinta manusia banyak dusta.

Aku nak cari cinta yang Maha Pencipta.
Kerana aku tahu, Dialah yang Maha Mulia.
Jadi, tentulah CintaNya yang terpaling Mulia.

Tapi, pencarian ini memang teramat susah,
terpaksa aku mengakuinya,
Kerana, cinta manusia bersepah merata.
Cinta keluarga, kawan dan saudara, aku tidak kisah.
Tapi, cinta lelaki yang entah bercinta kenapa.


Nak mengatakan agama.
Bukankah dia patut menunggu dahulu sehingga diriku halal baginya,
sebelum dia melafazkan cinta?

Nak mengatakan budaya,
Yang mana satu lebih tinggi prioritinya,
Budaya atau agama?

Mungkin itulah dia nafsu bertopeng cinta,
Hati mengatakan cinta,
Iman mengatakan 'cinta' yang dilafaz hanya dusta semata.

Untuk selamatkan diri dan ibu bapa, keluarga dan saudara,
Aku ingin jatuh cinta.
Biarlah cinta itu cinta sebenar-benarnya.
Ku tidak mahu lagi cinta dusta.
Kerana ku tahu, diri ini teramat berharga,
Bukan dicipta oleh Pencipta,
Untuk cinta permainan suka-suka hambaNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails