Palestin,
Engkau merana, kami gembira,
Engkau berjuang demi Allah,
Kami berdansa demi nafsu,
Syurga atau neraka?
Sudah hilang dari pandangan mata
Palestin,
Aku tidak tahu bagaimana untuk membantumu,
Boikot sana, dan boikot sini,
Israel masih tidak mahu berhenti,
Engkau dilayan seakan sampah,
Siapa yang sanggup menyaksikannya?
Palestin,
Demi Allah air mata menitis keranamu,
Keseksaan kau hadapi,
Kehinaan mereka beri,
Sungguh aku tidak boleh menahan,
Air mata dari berjuraian
Tetapi, yang paling ku kesali,
Sikap umat kita yang masih tidak sedar diri,
Pelbagai alasan diberi,
Demi memuaskan nafsu yang tiada henti
Palestine deserves more from us. We can blame Israel, U.S.A or the muslim world for the sufferings. But the real fault lies in ourselves (in our own personal capacity). Our INACTION is the culprit.
ReplyDeleteyep2..I wonder how many ppl truly cares about Palestine..T.T
ReplyDelete