Wednesday, 4 August 2010
Aku pernah ditanya
Aku pernah ditanya,
apakah itu makna cinta?
Sungguh ku rasa,
soalan itu tidak patut ditanya,
kepada diri ini yang masih belajar tentang dunia.
Hatiku mengatakan,
Cinta itu perasaan kasih yang mendalam lagi melembutkan.
Akalku mengatakan,
Cinta itu kasih sayang yang tiada batasan.
Apabila ku mengambil masa,
memikirkan jawapanku sedalam-dalamnya,
Ternyatalah diri ini telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor dunia,
di dalam definisi cinta.
Jawapan terbaikku tentang cinta,
Ia amat berharga, amat mulia untuk diberi makna sewenang-wenangnya.
Tidak boleh dihakimi dengan kata-kata.
Tidak boleh disamakan dengan perasaan suka.
Cinta kepada yang Maha Esa,
Adalah cinta yang paling mulia,
Dan patut menjadi prioriti kita sebagai hambaNya.
Cinta kepada keluarga, saudara mara dan semua yang kita jumpa,
Adalah harus untuk kesejahteraan di dunia.
Cinta di antara suami isteri,
bahagia lagi membahagiakan,
menambahkan pahala dan keredhaanNya.
Tetapi, apabila pasangan yang tidak sah mengatakan diri sedang dilamun cinta,
Akan selamatkah mereka dari dosa dan murkaNya?
Akan terpeliharakah diri mereka dari seksaan kubur dan neraka?
Jadi, berwaspadalah apabila bercinta,
Jadikan Pencipta dan pesuruhNya sebagai prioriti kita,
Ibu bapa, keluarga dan saudara seagama seterusnya,
Dan janganlah kita mudah terpedaya dengan kata-kata manusia yang mengatakan diri dilamun cinta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Very true. Jgn mudah tpedaya dgn bisikan cinta. :)
ReplyDeletebyk berkarya lately. hehe
yep2, tq :)
ReplyDeleteCinta itu fitrah. dan fitrah memang sukar dikawal. tapi jangan lupa cinta itu puncanya perasaan. dan perasaan boleh dikawal =)
ReplyDeletejazakallah shukri. =)
ReplyDelete