Monday, 2 August 2010

Aku nak jatuh cinta.

Aku nak jatuh cinta.
Aku nak cari cinta yang mulia.
Cinta manusia?
Tidak sama sekali, kerana,
Cinta manusia banyak dusta.

Aku nak cari cinta yang Maha Pencipta.
Kerana aku tahu, Dialah yang Maha Mulia.
Jadi, tentulah CintaNya yang terpaling Mulia.

Tapi, pencarian ini memang teramat susah,
terpaksa aku mengakuinya,
Kerana, cinta manusia bersepah merata.
Cinta keluarga, kawan dan saudara, aku tidak kisah.
Tapi, cinta lelaki yang entah bercinta kenapa.


Nak mengatakan agama.
Bukankah dia patut menunggu dahulu sehingga diriku halal baginya,
sebelum dia melafazkan cinta?

Nak mengatakan budaya,
Yang mana satu lebih tinggi prioritinya,
Budaya atau agama?

Mungkin itulah dia nafsu bertopeng cinta,
Hati mengatakan cinta,
Iman mengatakan 'cinta' yang dilafaz hanya dusta semata.

Untuk selamatkan diri dan ibu bapa, keluarga dan saudara,
Aku ingin jatuh cinta.
Biarlah cinta itu cinta sebenar-benarnya.
Ku tidak mahu lagi cinta dusta.
Kerana ku tahu, diri ini teramat berharga,
Bukan dicipta oleh Pencipta,
Untuk cinta permainan suka-suka hambaNya.

6 comments:

  1. nak jatuh cinta...pada duit...untuk apa...untuk belikan setitis kerehdhaan ilahi...tak mungkin...

    KASIH AYAH

    ReplyDelete
  2. nabihah... saje je tambah... :)

    ReplyDelete
  3. Good one obachan. I want to fall in love with the person who loves Allah more than me. :)

    ReplyDelete
  4. @prince duyong. thanxx :)

    @ojisan. same here. doakan ye. ^^

    ReplyDelete
  5. Hadis untuk dikongsi : :)

    'Ya Tuhanku aku mohon supaya cinta kepada-MU dan cinta kepada org yang mencintai-MU termasuk org yang sayang kpd semua amalan yang boleh membawa syg kpd-MU'

    (Hadis Riwayat Tarmidzi)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails