Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting
Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Sunday, 12 June 2011

Islam's beauty

Just thought I'd share a poem I've written for a contest. :)



Islam's beauty

Islam's beauty,
Covers a lot more than covering the body.
It lies in modesty,
And modesty it teaches to society

Islam's beauty,
Cannot be sold for fame or glory.
Because it's not about the money,
It's not about being fancy

Islam's beauty,
Not many can see,
But have a think and have a peek,
You'll find its beauty once you seek

Islam's beauty,
Lies in believing in God,
The One and Only,
There is no God but He

Islam's beauty,
Is not compulsion of religion,
Don't ever bump into confusion.
To force someone to convert is completely forbidden

Islam's beauty,
Lies not in suicide bombings,                      
Or killing innocent human beings,
Those are fanatics with bias knowledge into being

Islam's beauty,
Can be understood from the Quran and Hadiths only,
Don't judge its beauty from the people around,
They're too worked up to have the beauty found

Islam's beauty,
Brings the world in harmony,
Only when it is applied,
That's the key.

Islam's beauty,
I'm sure you'll agree,
Needs no fee,
Just a heart that can see
  

Wednesday, 25 August 2010

Sehari dengan hati.

Pagi,
Syukur pada Ilahi,
Diri masih bernafas lagi,
Peluang keemasan untuk memperbaiki diri,
dan tingkatkan iman di dalam hati.

Zohor datang ziarah lagi,
Tertanya diri,
Sudah sembuhkah wahai hati?
Atau masih lalai dengan cinta duniawi?

Asar, lagi peluang yang diberi Ilahi,
Untuk sucikan hati, perbaikkan diri.
Selamatkan diri dari azab yang tidak terperi,
Sudah insafkah engkau wahai hati?

Dapat berjumpa maghrib pada hari ini,
Hari esok tidak tentu lagi,
Diri, sudah cukupkah jasadmu berbakti?
Ikhlas demi Tuhan yang Maha Tinggi?

Alhamdulillah, Isya' hadir sekali lagi,
Namun diri, sudahkah engkau periksa hati?
Cinta Allah-kah yang menjadi prioriti?
Atau janji manusia yang tidak pernah pasti?

Itulah dia,
Episod 'sehari dengan hati'.
Moga episod ini sentiasa diulangi,
Agar dapat ku insafi,
Akan kekerdilan diri di hadapan Ilahi.


A glimpse of Land's End, Cornwall. :)

Tuesday, 24 August 2010

Engkau NAK lelaki soleh?

"Siapa yang dapat jawab, kita hadiahkan doa" kata abang fasilitator tu.
Lantas, tanganku pun terangkat tinggi-tinggi. Dari tadi ada hasrat ingin menjawab, malu je - itu masalahnya.

"Ha, itu nak doa la tu. Bagus3. Datang sini, jawab dekat depan" Sambung abang fasilitator. "Nama apa?" dia tanya.

"Nabihah" senang aku menjawab.

*Ha? Itu je soalannye? hehe. takde5. itu dia bertanya nama je, takde hadiah untuk nama. :)*

"Ok, soalannya, kenapa kita lebih malu dengan manusia daripada malu dengan Allah?" abang tu tanya.

"err.." fikiranku kosong. Jawapan yang entah pape mengisi otakku. "entah. sebab dorg malu dengan manusia kot" Jawabku ringkas. Terdetik di hati "aik. bukan tu soalan ke?" Muka dah makin merah, berdiri di hadapan 200 lebih pelajar, cikgu pun ada. Buat malu je. T.T Takpe3. nak buat macam mana? Bila orang tanya soalan, tak habis fikir jawapan, terus rajin mengangkat tangan. 

Abang fasilitator tu pun, macam faham budak seorang ni dah malu, tanya lah soalan lain - soalan yang seakan-akan solan yang pertama, cume subjek malu ditukar jadi berus gigi. "Kenapa manusia berus gigi bila berjumpa dengan kawan2 dan manusia lain, tetapi tidak memberus gigi apabila solat?"

"hurrmm..sebab diorang malu mulut berbau kut. dah jumpa face to face dengan manusia. Waktu solat, diorang tak nampak Allah. So, mungkin diorang lupa kot yang Allah nampak diorang" jawapku, mengharap persetujuan dari abang fasilitator tu. 

"ok la jawapan tu." jawap si abang F tu. "Ok. untuk hadiah adik, jom kita semua tadah tangan, bacakan doa untuk adik Nabihah ni" Semua murid tadah tangan, pandang aku. Segan yang dirasakan tak terkata tingginya.
Aku pun tadah la tangan, mengharapkan doa yang akan abang F tu baca doa yang baik2 dan akan dimakbulkan.

"Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada adik Nabihah Md Zaid ini taufiq dan hidayahMu, tunjukilah dia jalan yang benar. Perbaikkanlah akhlak dan ibadahnya. Jadikanlah dia seorang anak yang patuh kepada kedua ibu bapanya, Kurniakanlah kepadanya lelaki yang soleh sebagai suaminya dan jadikanlah dia seorang isteri yang solehah. Kurniakanlah kepadanya zuriat yang baik dan matikanlah dia dalam keadaan khusnul khotimah. Berkatilah, rahmatilah dan redhailah dia. Ameen" baca abang F. Kami pun turut mengaminkan doa tersebut. Hatiku waktu tu, bukan main gembira lagi, dapat doa sebegitu baik dan diaminkan oleh lebih dari 200 orang. Alhamdulillah. Moga Allah makbulkan. :)

Habis sesi ceramah tu, aku menunggu dengan kawan2 di perhentian bas yang terletak di seberang sekolah, menanti kedatangan ibu bapaku. Sedang kami gelak ketawa, bergurau senda, salah seorang dari kawanku, S, berkata "Nabihah. Engkau tahu tak tadi ramai orang aminkan doa tadi. Lagi tinggi peluang dimakbulkan."

Pelik dengan nada S berkata, aku pun menjwab "Yeah? So? Bagus la tuh? :D"

"Engkau nak ke kahwin dengan lelaki soleh?" tanya S.

"Of course la, siapa yang tak mahu?" jawapku ringkas.

"Seriously? Nanti dia kongkong engkau kang? Suruh pakai tudung la, ini la, itu la" S bekata lagi.

"Aku OK je. Kalau dia lelaki soleh, of course la dia seorang yang baik. Kalau aku buat salah, dia perbetulkan. Kalau aku tak pakai tudung, dia ingatkan aku untuk pakai. Kan bagus? Ada orang yang akan mengingatkan aku bila aku lupa. Boleh selamatkan aku dari api neraka, InsyaAllah." jawapanku, panjang lebar.

"Hmm. Engkau iman tinggi, aku bukan macam engkau la. Rimas aku kalau ada orang kongkong aku" jawap S.

"Ha? Macam mana engkau boleh ukur aku punya iman pulak ni? Kalau dia kongkong, itu untuk kebaikan engkau jugak. Tapi, kalau dia memang betul seorang lelaki yang soleh, mana boleh dia kongkong engkau, dakwah perlu berhikmah. Kan?" jawap aku, mengharapkan dia boleh nampak kebaikan dalam 'lelaki soleh'. 
"Hmm. maybe." jawap S ringkas. Mungkin malas nak berdebat, mungkin dia dah nampak point aku. Yang pasti, aku harap doa tadi dimakbulkan Allah S.W.T. :)
Episod ni berlaku waktu diri ini sedang di bangku sekolah menengah. Mungkin waktu tu, umur baru, 13, 14 atau 15. Yang pasti, waktu sedang belajar di SMK St.Mary dan sebelum aku datang ke sini (England). Jadi, memandangkan sudah teramatlah lama episod ni terbuku di dalam hati, tak semua details boleh aku ingat, tak semua details dalam cerita ini boleh dijamin benar, doa tu pun aku tak ingat sepenuhnya. Yang memang aku highlight dalam doa tu, tentang lelaki soleh sampai sekarang aku ingat adalah kerana soalan yang ditujukan S. 

Sampai sekarang aku tertanya tanya, jikalau lelaki soleh bukan menjadi pilihan para gadis, lelaki jenis apa yang remaja2 sekarang cari? Yang akan 'bersuka ria' sebelum kahwin dan meninggalkan mereka pabila sudah berkahwin? Itupun, KALAULAH sampai ke alam perkahwinan hubungan mereka. Jikalau tidak, siapakah lelaki yang mereka ingin dijadikan suami?  Tidak terkejutlah bila makin lama makin banyak kes zina. Tidak terkejutlah di zaman sekarang, kanak2 di bangku sekolah rendah pun dah mula menjinak-jinakkan diri dengan cinta monyet mereka, bercouple sini dan sana. Siap bertukar-tukar boyfriend lagi. Iman sudah hilang nilaikah? Nauzubillah. Astargfirullah hal azhim. Aku berlindung kepada Allah daripada trend zaman sekarang yang rosak lagi merosakkan.

Akhirnya, saya memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung. Entri ini ditulis sebagai peringatan kepada diri untuk memperbaiki iman dan sabar dalam menempuhi dugaan.

Sekian, terima kasih.

Salam~ ^^

Wednesday, 11 August 2010

My Loves, Ramadhan's here!! :D

It's nearly here and as I understand, it will start on Wednesday the 11th (tomorrow) ! :) Happy fasting! :) May our deeds be accepted and our faith strengthen. :)

This note is for all - mama, ayah, abg2, kakak2, adik2, nenek2, atok2, cucu2, moyang2 n all!. :) Unfortunately, I wanted to tag loads more people but I can't. T.T So, whether you're tagged or not, please read :)

I'd like to say I'm sorry for all my wrongdoings, my words which may hv upset you, acting like a kid, calling names that you don't like (do let me know), talking behind your back, not keeping promises, not paying back my debts and all the other horrible things which I may have done or put you through. Apologies from my hand, my mouth, my brain, my heart, my everything! I am so so so so so so SORRY. really I am. will you forgive me? :( 

Other than that, I'd like to say thank you to ALL for helping me, advising me, reminding me of the difference between good and bad and a lot of other good deeds you've done. :D Thank you! May Allah bless! :)

May we have a blessed ramadhan and may we meet lailatul qadar, insyaAllah. :) I pray you peace and harmony. :D 

salam~ ^^

Wednesday, 4 August 2010

Aku pernah ditanya



Aku pernah ditanya,
apakah itu makna cinta?
Sungguh ku rasa,
soalan itu tidak patut ditanya,
kepada diri ini yang masih belajar tentang dunia.

Hatiku mengatakan,
Cinta itu perasaan kasih yang mendalam lagi melembutkan.

Akalku mengatakan,
Cinta itu kasih sayang yang tiada batasan.

Apabila ku mengambil masa,
memikirkan jawapanku sedalam-dalamnya,
Ternyatalah diri ini telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor dunia,
di dalam definisi cinta.

Jawapan terbaikku tentang cinta,
Ia amat berharga, amat mulia untuk diberi makna sewenang-wenangnya.
Tidak boleh dihakimi dengan kata-kata.
Tidak boleh disamakan dengan perasaan suka.

Cinta kepada yang Maha Esa,
Adalah cinta yang paling mulia,
Dan patut menjadi prioriti kita sebagai hambaNya.

Cinta kepada keluarga, saudara mara dan semua yang kita jumpa,
Adalah harus untuk kesejahteraan di dunia.

Cinta di antara suami isteri,
bahagia lagi membahagiakan,
menambahkan pahala dan keredhaanNya.

Tetapi, apabila pasangan yang tidak sah mengatakan diri sedang dilamun cinta,
Akan selamatkah mereka dari dosa dan murkaNya?
Akan terpeliharakah diri mereka dari seksaan kubur dan neraka?

Jadi, berwaspadalah apabila bercinta,
Jadikan Pencipta dan pesuruhNya sebagai prioriti kita,
Ibu bapa, keluarga dan saudara seagama seterusnya,
Dan janganlah kita mudah terpedaya dengan kata-kata manusia yang mengatakan diri dilamun cinta.

Monday, 2 August 2010

Aku nak jatuh cinta.

Aku nak jatuh cinta.
Aku nak cari cinta yang mulia.
Cinta manusia?
Tidak sama sekali, kerana,
Cinta manusia banyak dusta.

Aku nak cari cinta yang Maha Pencipta.
Kerana aku tahu, Dialah yang Maha Mulia.
Jadi, tentulah CintaNya yang terpaling Mulia.

Tapi, pencarian ini memang teramat susah,
terpaksa aku mengakuinya,
Kerana, cinta manusia bersepah merata.
Cinta keluarga, kawan dan saudara, aku tidak kisah.
Tapi, cinta lelaki yang entah bercinta kenapa.


Nak mengatakan agama.
Bukankah dia patut menunggu dahulu sehingga diriku halal baginya,
sebelum dia melafazkan cinta?

Nak mengatakan budaya,
Yang mana satu lebih tinggi prioritinya,
Budaya atau agama?

Mungkin itulah dia nafsu bertopeng cinta,
Hati mengatakan cinta,
Iman mengatakan 'cinta' yang dilafaz hanya dusta semata.

Untuk selamatkan diri dan ibu bapa, keluarga dan saudara,
Aku ingin jatuh cinta.
Biarlah cinta itu cinta sebenar-benarnya.
Ku tidak mahu lagi cinta dusta.
Kerana ku tahu, diri ini teramat berharga,
Bukan dicipta oleh Pencipta,
Untuk cinta permainan suka-suka hambaNya.

Wednesday, 28 July 2010

The episode of my change.


When I was young, I committed a LOT of sins. Prayers to me were nothing, wearing the hijab (to cover my aurah) to me was boring and lying to me, was something unavoidable in order to save myself from getting told off - eventhough I knew lying was and IS a sin, and I've done a lot of other sins as well as all that I've listed. I would avoid doing all the compulsory thing wherever possible. Basically, although I was a Muslim and testified that there is no God but Allah and Muhammad (SAW) is His messenger, I don't think I truly believed there will be a Hereafter. I was blinded by this World - having fun seemed to be my main priority in life.

After a couple of years living in ignorance, I finally changed, Alhamdulillah.

It was a beautiful month of Ramadhan. At first, I was reluctant to fast, but, because my parents and my older brother and sister fasted and I was expected to fast as well, I fasted - even though it seemed boring and somewhat a torture to me. All this was out of my own ignorance of course.

Until one fine morning, I thought, "If I have to fast, I might as well wake up early to fill my stomache up, enough for the day". So, I woke up around 4 o'clock in the morning, around an hour and a half earlier than Fajar (subuh - sunrise in english). Because I was young, around 12 or 13 years old back then, I didn't know what to do after waking up that early. Helping my mum cook would be something I'm clueless about. And so, I decided to take a shower - four o'clock in the morning - you can imagine how cold it was! After I showered, I had no idea what to do - our house was neat and tidy - meaning I wouldn't be able to pass the time by tidying up (although I felt like wanting to be a good girl).

Since I had nothing better to do, I turned on the TV. The first channel that came on had a man reciting the Quran. Out of foolishness, I changed the TV to other channels in the hope of some cartoons. Fortunately for me,  Cartoon Network was unbearably boring and most of the other cartoon channels didn't have any cartoons on air due to the time of day. So, I thought I might as well go to the first channel rather than sticking my face on Cartoon Network. I listened to the recitation of the Quran and read the translation (tafseers) of the verses that was on the screen and my heart trembled with fear as I read and listened more attentively. I think it was a verse about the states of the people of Hellfire.  And then, a verse about the states of the people of Paradise. My heart trembled with fear, all I wanted to do was cry and cry and all I prayed for was my safety from the Hellfire. Because I didn't want my mum to see me cry, I tried to keep it all inside me.

After that one unforgettable experience, I changed. I started praying five times a day, started having an interest in learning more about Islam and just keeping myself occupied with good deeds rather than bad. Wearing the hijab was not an embarrassment to me anymore, I saw it as a MUST thing to do in order to save myself from Hell and get myself closer to Allah SWT. Alhamdulliah, until now I'm thankful for that experince to Allah as it has changed me to a better person - even my families were surprised with my changes (I think). I don't think I have ever told them this story though, even though I've been asked by one of them before why I've changed. Subbahanallah Wal hamdulillah Wa la ila ha illahu allah hu akbar. Who knows, I might have been granted this hidayah because of some people's prayers. For all those people, I thank you! :) May we be among the guided ones and saved from Hell. ameen~

Why am I telling you this story?

A lot of people has been wondering how and why I've changed. Well folks, that was the answer to your question. Please do note that I am still a normal human being and I still do have a lot to learn. So, please do correct me when I'm wrong and please forgive me for all my wrongdoings.

Thank you, Assalamualaikum.~ ^^

Friday, 23 July 2010

Jikalau cinta itu mulia.

Jikalau benar cinta itu mulia,
Begitu senangkah untuk kita merasakannya?

Jikalau benar cinta itu mulia,
Begitu mudahkah untuk kita melafazkannya?

Jikalau benar cinta itu mulia,
Bolehkah ia diganti sewenang-wenangnya?

Jikalau benar cinta itu mulia,
Bolehkah ia digunakan untuk menghinakan sepasangan manusia?

Jikalau benar cinta itu mulia,
Bolahkah ia dijadikan alasan untuk melupakan Pencipta?

Jangan senang melafazkan cinta,
Jikalau yang dirasa hanya perasaan suka,
Kerana cinta itu mulia.

Jangan berani menyamarkan nafsu dengan cinta,
Kerana cinta itu mulia.

Sebelum kita menagih cinta manusia,
Carilah dulu cinta Allah yang Maha Mulia,
Agar kita tidak terjerumus kepada takdir yang hina.


Peringatan kpd diri jua, Assalamualaikum~ ^^

Thursday, 22 July 2010

Mat British hensem!

8 Julai 2010, hari bersejarah yang terbukti amat payah untuk dilupakan. Mana tidaknya, itulah hari aku ditemukan dengan seorang lelaki yang tampan lagi 'tough'. :P Kriteria 2T yang kebanyakan perempuan cari. haha xP Kepada yang dah mula berfikir yang bukan-bukan tentang diri ini, anda dinasihatkan membaca entri ini sampai habis demi memahami tujuan sebenar entri ini ditulis.



credits to aisyah n mai for tagging me in fb :)

8 Julai 2010. Hari 'enterprise day' dekat sekolah untuk pelajar Year 9. Aku, salah seorang dari 30-40 murid pelajar Year 12 yang terlebih rajin, menjadi sukarelawan untuk membantu menjalankan aktiviti-aktiviti hari itu. Ada tiga kategori:

Media team - merekod hari tersebut. (tangkap gambar, rekod video etc. ) Tak penting sebab aku tak pilih yang ni.
Business hosts - Untuk hari ni, kitorg ada 'business volunteers' yang membantu. Dah nama 'enterprise day', ada la kan orang - orang business. Kerja para business hosts adalah untuk membantu para business volunteers ni dan tunjukkan jalan - kira macam 'tour guide' la, dah sekolah kami penuh dengan block2 nye.

Classroom motivators - membantu guru di dalam kelas untuk menjaga dan membantu para pelajar.

Aku pilih 2 roles - business host dan classroom motivator. Yang sedihnya, business host aku tak dapat hadir hari tu. Sebab apa, aku pun tak pasti. Hasrat untuk bertanya pasal dunia business pun pudar. huhu..T.T Tapi, yang bagusnya, sebab business volunteer aku tak datang, business volunteer kelas aku digantikan dengan dua business volunteer lain - Nat dan Mickey.

Pada mulanya, semasa mereka menjejakkan kaki ke dalam kelas 'aku'. Tiada apa2 yang istimewa pun. Pandang aku pun macam biasa2 je - tiada perasaan benci, tiada perasaan suka. Entah kenapa, kira selepas 10 minit aku kat dalam kelas tu, si Mickey mula berperangai 'pelik'.

Ceritanya macam ni, bila pelajar dah memulakan aktiviti, eksperimen diorg, aku pun cubalah nak tolong - berdiri dekat sebelah seorang pelajar, baca instruction 2 minit tak masuk2 dalam kepala macam mana nak buat eksperimen yang diorg patut buat. Lepas tu, si Mickey lalu dekat sebelah - pandang aku. So, aku pun apa lagi, takkan nak buat bodoh kan? Dengan selambanya aku cakap "Sir" sambil mengangguk kepala, senyum. Dia pun balaslah senyuman tu dan lalu ke bahagian depan kelas. Tengah khusyuk aku baca instruction yang tertulis kat dalam agenda hari tu, rasa hati tak sedap macam ada orang pandang. Jadi, aku pun cari la orang yang membuat hati aku rasa tak sedap tu. Tengok2 si Mickey tu - pandang je. Dah aku pandang dia, dia pun dengan selambanya datang ke kitorg la kan - berdiri betul2 dekat sebelah aku. Itu baru badan dia, kepala dia - kira2 jarak lebih kurang 2 inci kut, baca benda yang aku baca tu kononnye.

Dalam hati - "mamat ni nak buat apa ni. bukannya booklet aku je yang ade kat dalam kelas ni. meja dekat tu pun ade banyak, siap tersusun lagi tu.! Ishh! Dah la mata biru, rambut spikey, badan tegap - takyah la nak mencairkan aku mamat oi!" huhu. T.T "Sabar Nabihah, sabar..dugaan dunia, Nabihah..sabar"

Lepas tu, dia pun tanya la soalan pasal eksperimen tu. Aku, untuk mengelakkan soalan berlanjutan cakap je "I've never done this kind of experiment before", alihkan pandangan. Baru dia pergi cheq..SELAMAT! :) Tapi, itu bukan akhirnya sebab, dia datang balik waktu aku tengah nak cakap dengan group aku tolong tu - dia berdiri betul2 kat belakang aku. Tak cakap apa2, cuma berdiri. Aku yang berpeluh, tertanya2 kenapa perangai dia lain daripada orang lain - kalau nak cakap aku seksi, aku pakai tudung, baju T-Shirt lengan panjang, seluar track Umbro yang setahu aku dah cukup longgar dah pakaian aku - seksi ke? Tidak sama sekali cheq!

Kalau aku nak sambung semua yang berlaku pada hari bersejarah ni, terlampau banyak la pulak. Maklumlah, dah hari bersejarah yang tak boleh dilupakan, semua jenis detail boleh ingat ;P. So, cukuplah kot kalau aku highlightkan niat aku yang sebenar dalam menulis entri ni.

1. Mickey tu handsome, badan pun 'tough' - kalau minah saleh sini, mesti dah lama kejar dia. Untuk highlightkan betapa hensemnye dia, boleh la dikatakan dia lagi hensem dari gamba kat atas tu. hehe. (sorry mai, sorry aisyah) :)

2. Kalau lelaki hensem cuba datang dekat, jangan hanya kerana rupa dia, kita berikan dia ruang untuk nak bermiang2 ngan kita. Hensem ke, tak hensem ke - kita sebagai perempuan kena jaga maruah diri dan agama.!

3. Mungkin perangai dia pelik sebab dia dah biasa. But hey, takdek salahnya kalau kita berperah santan sikit untuk mencari pengajaran dalam episod hidup, an? hehe ^^

A reminder to myself:

Nabihah, ingatlah:
Sehensem mana pun seorang lelaki itu,
Tidaklah sehensem Nabi Yusuf A.S.
Sebaik mana pun dirinya,
Tidaklah sebaik Nabi Muhammad SAW.
Semanis mana pun kata2nya,
Tidaklah semanis ayat2 Al-Quran yang membawa diri kpd kesejahteraan.
Jadi, bila jumpa lelaki hensem,
Peliharalah pandangan,
Teguhkan hati dan iman,
Agar dapat menggapai kejayaan.

Note: nama sebenar dua business volunteers tu telah diubah atas sebab2 tertentu..

Terima kasih, Assalamualaikum~ ^^

Monday, 28 June 2010

Hati manusia


Hati manusia,
memang senang menduga.
Dunia dipandang pada keseluruhannya,
Akhirat dipandang sebelah mata.

Memang betul dunia ni nikmat daripada yang Maha Esa,
Namun, janganlah kita lupa,
Dunia ini tidak ada apa-apa,
Jikalau dibandingkan dengan akhirat yang kekal selamanya.

Akhirat itu pengakhiran kita untuk selama-lamanya,
sanggupkah kita merana di sana, demi dunia yang sementara?

Yakinlah hati bahawa duniamu dekat kepada pengakhiran,
Bejuanglah kamu menentang syaitan,
dan segala macam godaan.

Yakinlah hati bahawa hidup hanya sekadar satu ujian,
Kita perlu sabar menempuh dugaan, teguhkan iman.
Moga kita peroleh kejayaan di akhirat nanti,
dengan senyuman. :)
Kekasaran bahasa, tolong maafkan. 
Tersalah maklumat, tolong maklumkan.
Sebab saya tau..
Pembaca sekalian, mesti baik. :) kan kan?? :D
Terima kasih, Salam~ ^^

Thursday, 17 June 2010

Jom couple?


Umur masih muda,
Takkan tak mahu merasa?
Nikmat dunia yang sementara?
Jomlah couple..kita masih muda!

Maaf. Ajal datang tak kira umur,
Muda atau tua, belakang kira.
Hidup ini sementara sahaja,
Hidup akhirat untuk selama-lamanya.
Relakah diri dibakar demi nafsu yang tidak ke mana?

Semua orang dah buat,
Bercouple sini dan sana.
Mengapa tidak pula kita?
Kan kita manusia, perlukan cinta?

Bercouple sini dan sana, bukti cinta apa?
Kalau bukan cinta dunia?
Jikalau cinta manusia dikejar, Cinta Tuhan dilupa,
Tidakkah diri ini bagaikan hina?

Bukankah cinta sesuatu yang mulia?
Bukankah cinta itu fitrah manusia?

Ya, memang cinta fitrah manusia,
Memang cinta itu mulia,
Tapi, kalau couple hanya akan membuat Allah murka,
Mulia lagikah cinta itu?
Jangan menyamarkan nafsu dengan nama cinta.!

Maksudnya?
Tak boleh bercouple untuk membuktikan cinta?

Perkahwinan - satu langkah membuktikan cinta.

Umur masih muda, macam mana?

Sedar diri muda, nak bercinta kenapa?

*Ini adalah sambungan kpd post ini.

Salam~ ^^

Wednesday, 16 June 2010

Tudung oh Tudung.

Amat senang untukku berkata,
Tapi, amat payah untuk menghayati makna.
Bacalah wahai saudari Islamku,
Moga dapat menjadi manfaat kepada dirimu dan pelepas tanggungjawabku.

Tudung nipis, tudung halus,
Hanyalah ikutan bisikan syaitan yang dayus.
Trend dikatakan, mana perginya agama pegangan?

Jikalau tudung dipakai,
Tetapi bajunya teramatlah sendat.
Penutupan aurat kite, menepati syarat?

Apa gunanya pujian manusia?
Jikalau Pencipta murka kepada kita?
Aurat bukan untuk ditunjuk kepada seluruh manusia,
Maniskah perasaan dosa?

Bagaimana pula jika kita dicampakkan ke dalam neraka?
Dek kerana penyamaran dosa?
Sekadar pakai tudung tidak cukup saudariku,
Jikalau aurat lain dibiarkan langsung begitu.

Amat senang untukku berkata,
Tapi, amat payah untuk menghayati makna.
Terima kasih kerana sudi membaca,
Moga dapat menjadi manfaat kepada diri kita.

Salam~ ^^


Monday, 14 June 2010

Darah org muda..

Anak muda nak berjuang demi agama,
Namun, dia masih lalai mengejar cinta manusia.
Nak buat macam mana?
Dia baru nak 'mengenal' dunia.

Nasihat dibaca, tutup sebelah mata.
(masuk akal ke ape yg kte kate?)
Janganlah marah anak muda,
Ini peringatan untuk diri jua.

Macam mana nak berjuang demi agama?
Jikalau lebihnya cinta kita kepada dunia?
Janganlah marah anak muda,
Ini peringatan untuk diri jua.

Tuesday, 8 June 2010

Forgiveness (quote)


This is a quote I thought of myself. :) Hope it'll be useful to others ^^

Forgiveness - so easy to be said, but so hard to be felt. It's normal. When you're hurt - Forgiveness seems to be just impossible! All we want is for that person who's caused the pain to feel what they've made us feel. This simple bitterness leads to anger, depression and so many more negative feelings. These negative feelings then makes us treat others badly, as how we've been treated once. The sad cycle then just continues.

Some people are willing to wait for many years only to feed their vengeance and feeling of dominance. One question though, when we let this happen to us - allowing hatred to fill our hearts and take over our life, does that show how well we can dominate others or how others have dominated us? It's better to forgive than fill our hearts with misery and grudge, wouldn't you agree?

One good video I'd like to share:



Monday, 8 March 2010

Bila neraka dipandang ringan

*First off - sorry to all that likes to read my entries in English.But, this is a special post. So, hope you don't mind.
*Warning: Entri ini menggunakan bahasa rojak

Aku ni, bukanlah seorang ustazah mahupun seorang cikgu. Tapi, aku ni seorang kawan, seorang saudari Islam, and seorang pelajar. Memandangkan aku ni manusia, so, automatic - aku seorang khalifah di muka bumi, setuju?

Tengok budak2 melayu sekarang. Melayu yang beragama ISLAM. Mcm mne pakaian dorg? Seksi kan? Entah2 kalau boleh, dorg nak je terbogel dkt tgh2 jalan. Ada ke patut? Mana pergi perasaan malu? Bukan malu dengan manusia, tapi - mane pergi perasaan malu kepada Tuhan yang Maha Pencipta? Yang telah memberi rezeki, yang telah memberi nyawa kepada kite? Mana perginya janji kite? Zaman sekarang, senang je, bila org tegur ckp "At least aku bkn hipokrit, mcm bdak2 yg pkai tudung tapi berzina jgak". Tak hipokrit ke, bile kite dah bwat janji dgn Allah utk mentaatiNya sebelum kite dilahirkan. Tapi, bile dh meningkat dewasa, dosa je yg dikejarnye. Tak hipokrit ke tu? Nak cakap bodoh, ada je otak kat dalam kepale. Nak cakap berani, dasar cakap je la - tapi bile ade kat depan neraka nanti, cbe rse - berani lagi ke?

Kawan2ku, saudara2 Islam ku, jom muhasabah diri. Memang kite berani ke nak dicampakkan masuk neraka hanya kerana nak memuaskan nafsu yang memang tiada henti? Lagi kite suapnya, lagi die mintak banyak. Berani ke? Aku bukan cakap aku baik, tapi aku memang cuba nak jadi yg terbaik.

Pada perempuan, memang best kan bile banyak laki pandang? Memang best kan bile dapat rasa 'dihargai'? Memang best kan bile sme yg kte jmpe cakap kte lawa, cantik, hot and sme jenis pujian yg dorg kac. Bestkan? I must admit, memang best. Tapi, jom tanya diri dulu. Sape yg sebenanye bg kte wajah yg kte ade skarang? Siapa yang sebenanye berhak atas pujian2 tu? Allah? Pandai pun. Dah kite taw Allah, die yg bg kite rupa paras yang lawa lagi manis, kenape kte sanggup melanggar perintahNya? Sedangkan Dia yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu, kenapa kite dedahkan jugak aurat kite kpd kaum ajnabi selepas kte taw hukum hakam yg Allah dah tetapkan? Dia suruh kite menutup aurat demi keselamatan dan kesejahteraan diri kite sendiri. Kenape kite nak jugak menggadaikan maruah kite? Demi nak memuaskan nafsu lelaki yang memang hanya mencari mangsa?

Jom kite tgk status perempuan dkt barat. Dorg kata perempuan2 barat ni free and perempuan2 Islam ni oppressed. Hello! Perempuan dekat sini (barat) hanya dijadikan sex slaves, and you call that freedom? Tolonglah, tak payah nak pandang tinggi sangat org2 barat nih.yang dorg reti - perbesarkan benda kecik je. Tak caye, cuba pergi Spain, Arab, Istanbul. Semua negara2 Islam. Waktu tamadun Islam dulu MasyaAllah. mmg gemilang. Lagi power drpd dunia barat sekarang ni. Nak satu contoh?

Al-Hambra, Spain

Sebelum ni sebuah masjid tapi skarang dijadikan musium. Yang paling bgus psl tmpat ni - ade statue singa yang setiap kali azan, akan keluar air dr mulutnye, utk umat Islam mengabil wudhuk. Cuba bayangkan - SETIAP KALI AZAN. MasyaAllah. Teknologi beribu2 tahun dulu, negara barat mana yg boleh menandingi? And because dalam bab ni musuh2 Islam mmg tak boleh lawan, dengar cerite dorg dh buang dh statue tu. T.T. But still, ukiran2 marble (marble, bukan kayu!) La Ila HaillalAllah dan ayat2 Al-Quran tak dibuang, Alhamdulillah. Kalo dorg buang jgak, mmg aku sendiri pergi spain and cari 'pembuang' nye.

Ok, so, entri ni mostly utk perempuan and for myself as well - as a reminder. Sebagai pelepas tanggungjawab ku :) Kalau nak ikut nasihat, Alhamdullillah. Jom same2 kite doakan Jannatul Firdaus ke atas diri, keluarga, dan kaum muslimin dan jom kite perjuangkan agama Allah di dalam keredhaanNya. Kalau korg rse entri ni menyemak je and memang tak patut ditulis, aku doakan korg dapat hidayah. (Jgn korg yg pegi melepaskan sudah). Ingat, papepun, akhirnye di antare syurga dan neraka.


Salam

Tuesday, 23 February 2010

Palestin - kekesalanku

Palestin,
Engkau merana, kami gembira,
Engkau berjuang demi Allah,
Kami berdansa demi nafsu,
Syurga atau neraka?
Sudah hilang dari pandangan mata

Palestin,
Aku tidak tahu bagaimana untuk membantumu,
Boikot sana, dan boikot sini,
Israel masih tidak mahu berhenti,
Engkau dilayan seakan sampah,
Siapa yang sanggup menyaksikannya?

Palestin,
Demi Allah air mata menitis keranamu,
Keseksaan kau hadapi,
Kehinaan mereka beri,
Sungguh aku tidak boleh menahan,
Air mata dari berjuraian

Tetapi, yang paling ku kesali,
Sikap umat kita yang masih tidak sedar diri,
Pelbagai alasan diberi,
Demi memuaskan nafsu yang tiada henti

Tuesday, 16 February 2010

Aku tak suro pon ko brubah, aku cme kac nasihat je


Sesetengah org kate, selagi engkau tak cerminkan diri sendiri, tak payahla nak mengade-ngade pi nasihatkan org. Sesetengah org lagi kate, nanti OK la bile dah sampai wahyu/ seru. Well, dah korg puas berkate-kate, izinkan aku pulak bersuara ye.

Memang betul ape korg ckp, aku stuju dgn konsep sebelum nasihatkan org, cerminkan diri dulu - cukup cantik? cukup lawa? Bagus. Baru leh nasihatkan org. Tapi, kalo org yg menasihatkan tu mmg btul, ape salahnye mengikut nasihat die? Bukannya menambahkan dosa. Bahkan, lagi menambahkan pahala ade la.

Kalau nak menunggu wahyu baru nak berubah, sampai akhir zaman ko takkan brubah. Kenapa kau tanya? Well, of course! Wahyu utk para nabi je. Bukan utk kte, manusia2 yg penuh dosa ni. Rasanya, ko confuse wahyu dgn hidayah tidak?

Kalau nak tunggu hidayah pulak, tak semestinya engkau akan dapat mcm tu je. Sometimes, kalo xdek usaha, mmg xkan berjaya. Anda fhm?

Lagi satu, bab seru. Cek, cek nk tunggu seruan apa cek? Seruan Izrail wktu cek tgh nazak ka cek? Atau cek nk menunggu 'seruan' sangkakala Israfil waktu kiamat nanti ke? 'Nanti' waktu pintu taubat dh ditutup? Lebih baek bertaubat skarang drpd menyesal kat dlm neraka nnt dak? Papepon, pandai2 la jage diri.. Dunia ni skali je, pastu nnt dunia kubur lg, nnt sampai kiamt baru leh msuk diantare syurga dan neraka. Sanggup ke merana sepanjang tu hanya utk 'keseronokan' yg sementare kat dunia yg paling sekejap ni?

Konklusinya, dengar apa yg org ckp, bukan ape yg org buat :) *credits to Zaedah :D

*Note: Memandangkan ni entry pertama kte dlm bahasa melayu, sila maafkan salah silap ye. Tme kaceh ^-^

Sunday, 14 February 2010

What is Islam? (poem)




Poem written by : Maymoonah MS Adly

"What is Islam?” is the question you ask.
Answering this question is every Muslims task.

Describing Islam can be a lot,
But first I’ll tell you what Islam is not.

Islam is not Faraqan and terrorism.
Nor is it oppressing women and racism.

Islam doesn’t teach these things.
On the contrary it forbids them.


Islam isn’t focused on selling news papers and bean pies.
It’s not about drinking goats milk and having many wives.

Most people think Islam is just a religion.
But, it is actually a detailed way of living, prescribed by Allah, the merciful, the forgiving.

Peace, submission, and morality,Respect, kindness and charity.
And worshipping one God, the All Mighty, This is Islam.

It demolishes the cloudiness and confusion in our brains.
Faith in God is one thing Islam sustains.

It makes clear our purpose of life, beginning and end.
People take our wealth and freedom, but our faith we must defend.

Friday, 12 February 2010

Valentine's day = No panties day?

Woah! Malaysia, Malaysia, Malaysia. It's been just under three years I've been in England and now all I hear is this "No-panties campaign" that's been going on in Malaysia? From what I've read from fellow bloggers, this 'No Panties' campaign is to encourage girls not to wear panties on valentine's day, to show their love to their partners. How STUPID can you get?! How on earth does not wearing panties prove anything? Oh right, maybe I'm forgetting one simple fact - it proofs you're a FOOL if you follow this stupid campaign! And I'm sure glad I ain't one of them.

Why?
I don't know, maybe the fact that it will make you look like a complete slut! And don't worry darling, not just to the public - but to your 'beloved' boyfriend as well! I'm sorry to sound rude but it's the truth. Oh, how the truth hurts. Think about it, if he loves you, does he really need you to 'prove' your love to him? Why do you need to prove your love to him when he hasn't even proven his love to you? And don't give me that lame "Oh, he's proven his love by giving me flowers and taking me out on a romantic dinner". That ain't a proof, that's just his way of making you fall for his cunning tricks. One simple proof of a man's love is marriage. If he truly loves you, as in, he loves you from the bottom of his heart, he doesn't have to take you out. All he would want to do is ask you to be his wife and share his entire life with you.
After you guys get married, maaaan..you can do whatever you want with him. (As long as you don't cross the line that is)

May I remind my fellow Muslim sisters that Valentine's day is haram? Why you ask? Basically because it is a form of Syirk (Syirik). Don't believe me? Click here. Can we think about this campaign for a moment and think who and what started it? Hurmm..Let's see, people has been trying to attack Islam since the years of the Prophet (PBUH). Don't you think this could be one of our enemy's strategy to bring down Islam. They'll start with these kinds of stuff, make us all obsessed with 'love' that we forget the main purpose of life. And when they see us off guard, BANG! That's when they'll make their move. So, I beg you my fellow brothers and sisters. Do not fall prey into their tricks and let's start learning and improving ourselves for the future - both the hereafter and our future on the face of the Earth.

Everyone has their ego and just wants to follow what their 'heart' tells them to do, without realising that it's actually the shaytan's whispers. Well, if you have read this entry, and you still want to follow these stupid Valentine traditions and the stupid 'No Panties' campaign. I pray you well cause I don't know how a person can be so bravely stupid enough as to get themselves closer to hell.
Not no to panties, say no to the campaign and Valentine's day!

Salam

Thursday, 11 February 2010

The reason I cry at 2 in the morning

Society now has changed - dramatically! People are going mad - every single day, there will always be cases of rapes, pedhophiles and worse yet, the disposals of little babies. By disposal, I don't mean abortion which unfotunately happens by accident. But, the action in which after the baby is born, he/she gets thrown away. I know, reading is bad enough - try witnessing it!

I was browsing through GengBlogger.com when I found this post: Adakah ibu dan bapa bayi ini manusia? Truly I was disturbed. The thoughts that went through my mind was constantly "How did this baby die?", "I hope her death was not painful" and only Allah knows how hard it is for me to just sit in front of a computer and not being able to help the helpless victims of today's mad society.

Don't get me wrong, I am not saying the whole society is bad, but I believe we need to do something to end this mad 'trend'. One step could be to tighten the media in the country. Pornography needs to be totally out of our country!

Another one could be that the parents need to be more strict! If your son or daughter is having an illegitimate child with someone, don't let them throw the baby away! It's not the baby's fault for crying out loud! The shame in this world is not as bad as the torture in the hereafter. So, do not allow your son/ daughter to throw away a baby only because you're afraid people may talk about you and your family. In the end, they're not the one deciding whether you go to heaven or hell. That's all up to your deeds, so don't add more sins! Fine, your children's crossed the line - but don't make it worse by getting rid of the innocent baby. The baby's done nothing wrong! Just make sure your children's repent and will not do it ever again. Better yet, get them married and make them take the responsibility full on as a parent to the child.


Another way in which parents should be strict, don't give your child everyting he/she wants! They need to learn how to earn it as well! If you keep on giving them what they want, how are they supposed to learn the hard truth of life? Any parent would want the best for their children, but that doesn't mean they need to give in every single time the child cries. Otherwise, they'll just walk over you and treat you like a slave - so stop being so soft! In this world, you can't be too soft and you can't be too harsh! There is always a limit to something - make sure you know these limits and teach your children while you're at it!

Be jealous! That's what my mum said her mum told her. When you're raising a child, you need to be jealous. Not jealous as in envy, but 'be jealous' as in showing concern about what he/ she does because your child is still learning between what's right and what's wrong! They need your help to know the difference, not their friends!


Let's stop this madness.
How would you feel if you were thrown away?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails