Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting

Tuesday 24 August 2010

Engkau NAK lelaki soleh?

"Siapa yang dapat jawab, kita hadiahkan doa" kata abang fasilitator tu.
Lantas, tanganku pun terangkat tinggi-tinggi. Dari tadi ada hasrat ingin menjawab, malu je - itu masalahnya.

"Ha, itu nak doa la tu. Bagus3. Datang sini, jawab dekat depan" Sambung abang fasilitator. "Nama apa?" dia tanya.

"Nabihah" senang aku menjawab.

*Ha? Itu je soalannye? hehe. takde5. itu dia bertanya nama je, takde hadiah untuk nama. :)*

"Ok, soalannya, kenapa kita lebih malu dengan manusia daripada malu dengan Allah?" abang tu tanya.

"err.." fikiranku kosong. Jawapan yang entah pape mengisi otakku. "entah. sebab dorg malu dengan manusia kot" Jawabku ringkas. Terdetik di hati "aik. bukan tu soalan ke?" Muka dah makin merah, berdiri di hadapan 200 lebih pelajar, cikgu pun ada. Buat malu je. T.T Takpe3. nak buat macam mana? Bila orang tanya soalan, tak habis fikir jawapan, terus rajin mengangkat tangan. 

Abang fasilitator tu pun, macam faham budak seorang ni dah malu, tanya lah soalan lain - soalan yang seakan-akan solan yang pertama, cume subjek malu ditukar jadi berus gigi. "Kenapa manusia berus gigi bila berjumpa dengan kawan2 dan manusia lain, tetapi tidak memberus gigi apabila solat?"

"hurrmm..sebab diorang malu mulut berbau kut. dah jumpa face to face dengan manusia. Waktu solat, diorang tak nampak Allah. So, mungkin diorang lupa kot yang Allah nampak diorang" jawapku, mengharap persetujuan dari abang fasilitator tu. 

"ok la jawapan tu." jawap si abang F tu. "Ok. untuk hadiah adik, jom kita semua tadah tangan, bacakan doa untuk adik Nabihah ni" Semua murid tadah tangan, pandang aku. Segan yang dirasakan tak terkata tingginya.
Aku pun tadah la tangan, mengharapkan doa yang akan abang F tu baca doa yang baik2 dan akan dimakbulkan.

"Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada adik Nabihah Md Zaid ini taufiq dan hidayahMu, tunjukilah dia jalan yang benar. Perbaikkanlah akhlak dan ibadahnya. Jadikanlah dia seorang anak yang patuh kepada kedua ibu bapanya, Kurniakanlah kepadanya lelaki yang soleh sebagai suaminya dan jadikanlah dia seorang isteri yang solehah. Kurniakanlah kepadanya zuriat yang baik dan matikanlah dia dalam keadaan khusnul khotimah. Berkatilah, rahmatilah dan redhailah dia. Ameen" baca abang F. Kami pun turut mengaminkan doa tersebut. Hatiku waktu tu, bukan main gembira lagi, dapat doa sebegitu baik dan diaminkan oleh lebih dari 200 orang. Alhamdulillah. Moga Allah makbulkan. :)

Habis sesi ceramah tu, aku menunggu dengan kawan2 di perhentian bas yang terletak di seberang sekolah, menanti kedatangan ibu bapaku. Sedang kami gelak ketawa, bergurau senda, salah seorang dari kawanku, S, berkata "Nabihah. Engkau tahu tak tadi ramai orang aminkan doa tadi. Lagi tinggi peluang dimakbulkan."

Pelik dengan nada S berkata, aku pun menjwab "Yeah? So? Bagus la tuh? :D"

"Engkau nak ke kahwin dengan lelaki soleh?" tanya S.

"Of course la, siapa yang tak mahu?" jawapku ringkas.

"Seriously? Nanti dia kongkong engkau kang? Suruh pakai tudung la, ini la, itu la" S bekata lagi.

"Aku OK je. Kalau dia lelaki soleh, of course la dia seorang yang baik. Kalau aku buat salah, dia perbetulkan. Kalau aku tak pakai tudung, dia ingatkan aku untuk pakai. Kan bagus? Ada orang yang akan mengingatkan aku bila aku lupa. Boleh selamatkan aku dari api neraka, InsyaAllah." jawapanku, panjang lebar.

"Hmm. Engkau iman tinggi, aku bukan macam engkau la. Rimas aku kalau ada orang kongkong aku" jawap S.

"Ha? Macam mana engkau boleh ukur aku punya iman pulak ni? Kalau dia kongkong, itu untuk kebaikan engkau jugak. Tapi, kalau dia memang betul seorang lelaki yang soleh, mana boleh dia kongkong engkau, dakwah perlu berhikmah. Kan?" jawap aku, mengharapkan dia boleh nampak kebaikan dalam 'lelaki soleh'. 
"Hmm. maybe." jawap S ringkas. Mungkin malas nak berdebat, mungkin dia dah nampak point aku. Yang pasti, aku harap doa tadi dimakbulkan Allah S.W.T. :)
Episod ni berlaku waktu diri ini sedang di bangku sekolah menengah. Mungkin waktu tu, umur baru, 13, 14 atau 15. Yang pasti, waktu sedang belajar di SMK St.Mary dan sebelum aku datang ke sini (England). Jadi, memandangkan sudah teramatlah lama episod ni terbuku di dalam hati, tak semua details boleh aku ingat, tak semua details dalam cerita ini boleh dijamin benar, doa tu pun aku tak ingat sepenuhnya. Yang memang aku highlight dalam doa tu, tentang lelaki soleh sampai sekarang aku ingat adalah kerana soalan yang ditujukan S. 

Sampai sekarang aku tertanya tanya, jikalau lelaki soleh bukan menjadi pilihan para gadis, lelaki jenis apa yang remaja2 sekarang cari? Yang akan 'bersuka ria' sebelum kahwin dan meninggalkan mereka pabila sudah berkahwin? Itupun, KALAULAH sampai ke alam perkahwinan hubungan mereka. Jikalau tidak, siapakah lelaki yang mereka ingin dijadikan suami?  Tidak terkejutlah bila makin lama makin banyak kes zina. Tidak terkejutlah di zaman sekarang, kanak2 di bangku sekolah rendah pun dah mula menjinak-jinakkan diri dengan cinta monyet mereka, bercouple sini dan sana. Siap bertukar-tukar boyfriend lagi. Iman sudah hilang nilaikah? Nauzubillah. Astargfirullah hal azhim. Aku berlindung kepada Allah daripada trend zaman sekarang yang rosak lagi merosakkan.

Akhirnya, saya memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung. Entri ini ditulis sebagai peringatan kepada diri untuk memperbaiki iman dan sabar dalam menempuhi dugaan.

Sekian, terima kasih.

Salam~ ^^

9 comments:

  1. Penulisan BM biha yang ini menarik.Kak fatin bagi 5 bintang. :D

    "Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada adik Nabihah Md Zaid ini taufiq dan hidayahMu, tunjukilah dia jalan yang benar. Perbaikkanlah akhlak dan ibadahnya. Jadikanlah dia seorang anak yang patuh kepada kedua ibu bapanya, Kurniakanlah kepadanya lelaki yang soleh sebagai suaminya dan jadikanlah dia seorang isteri yang solehah. Kurniakanlah kepadanya zuriat yang baik dan matikanlah dia dalam keadaan khusnul khotimah. Berkatilah, rahmatilah dan redhailah dia. Ameen"

    Amin.Amin.Amin. :)

    ReplyDelete
  2. Ramai doakan tu, Nabihah. InsyaAllah Allah akan makbulkan.

    Tlg aminkn jugak. amin.. :)

    ReplyDelete
  3. Very2222 nice!!!seronok saya baca :)

    Cerita terbaru di blog:"saya nak kawin"

    keep updating ye dik :)

    ReplyDelete
  4. @kak: 5 bintang je? T.T xdek spuluh? T.T huhu..
    hehe. org bg betis, die nk peha ek? lol. men2 je kak. :) tme kaceh ye kak. :)

    @shubah: tq5. arigato! :D

    @iqbalsyarie: tq =) InsyaAllah akn diupdate. :)

    ReplyDelete
  5. salam.,

    kak nabihah,
    (er., bolehke panggil macamtu?)

    saya pun nak aminkan do'a ni.
    mesti bestkan di doakan oleh org :)
    Alhamdulillah. nak juga org doakan macam tu dkt saya.. ^^

    ReplyDelete
  6. @anis: tq =)

    @ed'sassin: bole saje. jgn kte dipanggil nenek sudahh..;) tq :) aminkan bnyk2 ye. hehe ;) mmg AMAT2 best! hehe :D dun worry, akak doakan utk kmu:

    Ya Allah ya Tuhan sekalian alam, kurniakanlah kepada adik yg bergelar ed'sassin ini taufiq dan hidayahMu, tunjukilah dia jalan yang benar. Perbaikkanlah akhlak dan ibadahnya. Jadikanlah dia seorang anak yang patuh kepada kedua ibu bapanya, Kurniakanlah kepadanya lelaki yang soleh sebagai suaminya dan jadikanlah dia seorang isteri yang solehah. Kurniakanlah kepadanya zuriat yang baik dan matikanlah dia dalam keadaan khusnul khotimah. Berkatilah, rahmatilah dan redhailah dia. Ameen

    mudah-mudahan dimakbulkan. =)

    ReplyDelete
  7. Ameen.
    terima kasih ya sbb tolong doakan :)
    Moga dimakbulkan Allah ^^

    p/s;
    tak yah panggil ed'sassin takpe.
    nama sebenar saya Mutmainnah.
    Tapi., org yg rapat panggil Inah la..

    (ceh, ade mase lg ek taaruf kat sini.. :)

    TAKEMATA.
    Tak Kenal Maka Taaruf :)

    ReplyDelete
  8. hehe. panjang umur, ade la mase ;)
    assalamualaikum mutmainnah :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails