Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting

Wednesday 25 August 2010

Sehari dengan hati.

Pagi,
Syukur pada Ilahi,
Diri masih bernafas lagi,
Peluang keemasan untuk memperbaiki diri,
dan tingkatkan iman di dalam hati.

Zohor datang ziarah lagi,
Tertanya diri,
Sudah sembuhkah wahai hati?
Atau masih lalai dengan cinta duniawi?

Asar, lagi peluang yang diberi Ilahi,
Untuk sucikan hati, perbaikkan diri.
Selamatkan diri dari azab yang tidak terperi,
Sudah insafkah engkau wahai hati?

Dapat berjumpa maghrib pada hari ini,
Hari esok tidak tentu lagi,
Diri, sudah cukupkah jasadmu berbakti?
Ikhlas demi Tuhan yang Maha Tinggi?

Alhamdulillah, Isya' hadir sekali lagi,
Namun diri, sudahkah engkau periksa hati?
Cinta Allah-kah yang menjadi prioriti?
Atau janji manusia yang tidak pernah pasti?

Itulah dia,
Episod 'sehari dengan hati'.
Moga episod ini sentiasa diulangi,
Agar dapat ku insafi,
Akan kekerdilan diri di hadapan Ilahi.


A glimpse of Land's End, Cornwall. :)

6 comments:

  1. Bermula Subuh.Zohor.Asar.Maghrib.dan Isya' Allah beri kita peluang cuci hati.

    P/s: Pandai kamu meneka kucing adalah makhluk Tuhan paling comel :)

    ReplyDelete
  2. yeah. moga kita guna peluang sebaik mungkin. :) amin~~ :)

    *heh. pd sy sbenanye, panda paling comel. eh jap, musang kot. eh no2. tupai2! :) alaa, bnyk sgt makhluk2 dlm dunia ni yg cute2 belaka la kak. dpt guess kucing sbb dh mmg btul akak ske kucing kot. :)

    ReplyDelete
  3. menjaga hati tiap saat.tiap masa.kena bersyukur still diberi peluang.

    p/s: tak abes2 pasal kucing je korg ni :P

    ReplyDelete
  4. karya yg cukup ringkas...tp padat dan memberi makna yg cukup mendlm.keikhlasan mesti dtg dr hati..jika tdk ia akn timbul penyakit lain...iaitu fitnah hati..ia x nmpak tp hansenya empunya hati yg tahu..peminat blog

    ReplyDelete
  5. @munsyi: bersyukur sentiasa. :)

    PS: kucing comel! :D

    @ieQa: terima kasih :D =)

    @cik/ encik anonymous: terima kasih ye peminat blog. =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails