Saturday, 10 July 2010
Jodoh aku, jodoh engkau dan jodoh dia!
Jodoh aku
Semenjak aku kecik2, mude2, comel2 dulu, memang ramai manusia yang rajin mencarikan jodoh untuk aku. Kalau tak mencarikan, diorang promotekan. Kalau tak promotekan, diorang akan banyak bertanya "Dah ada pakwe, bihah?". Kalau bukan soalan yang dituju, diorang akan cakap "eh, jangan tipu la. Bihah ni mesti dah ade boyfriend ni!". Hakikatnye, bukan aku seorang je yang kena kes macam ni. Boleh dikatekan, semua jenis perempuan dah pernah kene kes camni dah, dak?
Ni, biar aku jelaskan status aku dulu dan status aku sekarang, ye? Dulu, aku cakap 'no to couple', hubungan boyfriend-girlfriend ni sebab nak focus on studies. Sekarang, dah sampai England, aku cakap 'no to couple' atas banyak sebab - sebab utama sudah semestinya yang hubungan macam ni haram di sisi Islam, (bile sampai sini baru belajar lebih mendalam ttg hukum hubungan2 macam ni). Ade sesetengah cakap boleh kapel Islamik. Boleh ke? Sile bace komik pendek ini untuk membaca how the term 'couple Islamic' should not exist. Pd aku, kalau nak sangat bercouple, pergi berkahwin - kurang dosa, tambah pahala, dah hidup bahagia. InsyaAllah~
Jodoh di tangan Allah SWT, Pencipta sekalian alam. Bukan di tangan kakak2, kawan2 ataupun makcik2 di sekeliling kita. Kalau satu hubungan tu tidak diredhaiNya, takkan sampai ke mane2 pun hubungan tu. Aku tahu bab jodoh ni, sstgh org ade berkate yg kite kene berusaha untuk mencari jodoh kite tu. Tapi, itu tak bermakne kite boleh mencari jodoh ikut suke hati kite sampai pahala dan dosa, dipandang sebelah mate. Tambah2 lagi, aku ni masih mude, umur tak mencecah 18 tahun lagi, bisnes pun tak buat lagi. Biarlah jodoh aku yang mencari aku, bukan aku yang mencari die. hehe ^^
Jodoh engkau dan jodoh dia
Bahagian ni memang amat2 digalakkan untuk dibace oleh para pra-remaja dan remaja yang sedang hangat bercinta dan ber'couple' sini sana. Yang saya perhatikan, kebanyakan remaja terjebak dalam dunia 'couple' ni atas dua sebab utama:
1. Nak rase diri disayangi
Semua orang nak menyayangi dan diri disayangi. Tapi, itu tak boleh dijadikan alasan untuk melakukan perkara yang haram. Kasih sayang mak dan ayah tak cukup lagi? Tak cukup? Kasih sayang Allah SWT kepada kita? Tak cukup lagi? Segala nikmat yang Dia dah kurniakan kepada kita - tak cukup lagi? Kalau nak mencari jodoh boleh. Tapi, janganlah hanya kerana perasaan, kita biarkan diri di ambang dosa. Kalau 'cinta' dibuktikan dengan care ber'couple', ape jenis bukti tu?
2. Nak mengikut kawan.
Manusia memang senang dipengaruhi oleh kawan-kawan. Sebab itu kita kene pandai memilih kawan. Kalau tersalah pilih, tersalah haluan la kot hidup kite ni. Nauzubillah. Kalau ade kawan cakap boleh ber'couple', kalau kawan cakap 'couple' tak haram. Sile minta dalil2 berpandukan Al-Quran dan hadis2 Nabi SAW utk membuktikan bahawa hubungan boyfriend-girlfriend ni 'halal' di dalam Islam. Janganlah kita senang terpengaruh dengan perkara yang akan menyebabkan diri dimurkai Allah SWT.
Assalamualaikum~ ^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
new edit?
ReplyDeleteGood points. Much better.
ReplyDeletebtw, part "kalau nak sangat bercouple, pergi berkahwin - kurang dosa, tambah pahala, dah hidup bahagia. InsyaAllah~ "
cmne kawin dpt dosa gak? :)
@hakim, yep. :)
ReplyDelete@munsyi, kawin dpt dosa gak? dats not wat i meant..but..I'd imagine if they go cheat on their spouse n all dat sort..2 mnambah dosa la gak. tq :)
tu la .keredhaan ibu bapa sgt penting klu nk kawin .
ReplyDeleteyep 2 xazryx :)
ReplyDelete