Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting

Wednesday, 16 June 2010

Tudung oh Tudung.

Amat senang untukku berkata,
Tapi, amat payah untuk menghayati makna.
Bacalah wahai saudari Islamku,
Moga dapat menjadi manfaat kepada dirimu dan pelepas tanggungjawabku.

Tudung nipis, tudung halus,
Hanyalah ikutan bisikan syaitan yang dayus.
Trend dikatakan, mana perginya agama pegangan?

Jikalau tudung dipakai,
Tetapi bajunya teramatlah sendat.
Penutupan aurat kite, menepati syarat?

Apa gunanya pujian manusia?
Jikalau Pencipta murka kepada kita?
Aurat bukan untuk ditunjuk kepada seluruh manusia,
Maniskah perasaan dosa?

Bagaimana pula jika kita dicampakkan ke dalam neraka?
Dek kerana penyamaran dosa?
Sekadar pakai tudung tidak cukup saudariku,
Jikalau aurat lain dibiarkan langsung begitu.

Amat senang untukku berkata,
Tapi, amat payah untuk menghayati makna.
Terima kasih kerana sudi membaca,
Moga dapat menjadi manfaat kepada diri kita.

Salam~ ^^


3 comments:

  1. salam...sapela mak ngoh nak beri tunjuk ajar pasal tudung sebab mak ngoh pun tak tahu...tapi terima kasih sebab baca blog mak ngoh.

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt. Tp berapa ramai yg sedar psl benda ni? harap ramai yg akan terkesan dgn post ni.

    btw, sejak akhir2 ni asyik pantun2 je. mesti busy nak dkat exam ni. =)

    ReplyDelete
  3. wsalam wrt. no probs mak ngoh :)

    munsyi sama. amin..itulah hrpnnye.n sbg peringatan pd diri gak. :D hehe..dh abes exam AS dh..skang start bwat A2..nk bwat exam wk2 Jan..T.T *pantun best ape. :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails