Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting

Friday 23 July 2010

Jikalau cinta itu mulia.

Jikalau benar cinta itu mulia,
Begitu senangkah untuk kita merasakannya?

Jikalau benar cinta itu mulia,
Begitu mudahkah untuk kita melafazkannya?

Jikalau benar cinta itu mulia,
Bolehkah ia diganti sewenang-wenangnya?

Jikalau benar cinta itu mulia,
Bolehkah ia digunakan untuk menghinakan sepasangan manusia?

Jikalau benar cinta itu mulia,
Bolahkah ia dijadikan alasan untuk melupakan Pencipta?

Jangan senang melafazkan cinta,
Jikalau yang dirasa hanya perasaan suka,
Kerana cinta itu mulia.

Jangan berani menyamarkan nafsu dengan cinta,
Kerana cinta itu mulia.

Sebelum kita menagih cinta manusia,
Carilah dulu cinta Allah yang Maha Mulia,
Agar kita tidak terjerumus kepada takdir yang hina.


Peringatan kpd diri jua, Assalamualaikum~ ^^

7 comments:

  1. 'Semua yg berada di bumi pasti akan binasa dan yg tetap kekal hanyalah Tuhanmu yg mempunyai kebesaran dan kemuliaan.' (Ar Rahman 26-27)

    Kejar cinta Allah hati tenang.
    Kejar cinta manusia hati gelisah.

    Biha,
    Semoga kamu dan kak fatin tergolong dlm perempuan terpelihara yg selalu ketagih cinta Allah.Amin.:)

    ReplyDelete
  2. akk nih pon pndai berpuisi?
    woah.... :D

    ReplyDelete
  3. cinta itu datang bersama ketaqwaan pada Ilahi =)

    ReplyDelete
  4. @mai..ok2 la dlm bab2 puisi ni. :) dh bce yg laen..? hehe ^^

    @ shukri. yep. couldnt agree more :)

    ReplyDelete
  5. 'Perempuan.
    Letakkan harga dirimu di tempat yang tertinggi.
    Jadilah wanita yang mahal.
    Hanya yang sebenar-benar mampu layak memilikinya.'

    pesanan dr wanita kpd wanita. :)

    ReplyDelete
  6. "Untuk saudariku yang menangis kerana cinta semua lelaki, ketahuilah.. Lelaki yang datang pada org tuamu dan memintamu untuk menjadi isterinya adalah lelaki yang ingin memuliakanmu. Dan lelaki yang dtg lgsg padamu dan memintamu mjadi kekasihnya adalah lelaki yang ingin membinasakanmu.. Saudariku, bersabarlah hingga... Allah mengirimkan sesorang yang akan memuliakanmu.."

    pesanan dr lelaki kpd wanita :)

    thxx munsyi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails