Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting

Wednesday 10 February 2010

Facebook oh Facebook :S

I know it's not like me to write in Bahasa due to my special 'circumstances', but yeah..who cares? This is what you get when you copy and paste something off your email..hehe.. ^-^


Facebook, Yahudi & Status Hukum

Posted by: "zarith fawiza" zfawiza@yahoo. com zfawiza

Wed Jan 20, 2010 7:23 am (PST)




Salam..baca dan kalau sesuai bagus share kan ngan adik2 dan especially peringatan utk kita..
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
Facebook, Yahudi & Status Hukum
Monday, January 4, 2010 at 1:03pm

Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana
pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan
facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon
penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah
membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma
perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun
facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di
dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah
rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu
saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya
facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan
tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan
administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan web saya yang kerap ditimpa masalah
server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook
untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.

Zaharuddin.net on Facebook

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan
facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu
diperhati dan telah saya perhati sebelum memberi izin kepda rakan
webmaster saya. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel
terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat
Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam
termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah
berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang
yahudi, iaitu :-

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi
dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda
SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan
kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam,
malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan
Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi
Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah
itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar
belakang peribadi si pengasas?

3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu
transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi
yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses
penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala
itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua
penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas
berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan
andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada
haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka
sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi
kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim
yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari
bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum.
Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal
MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang
membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian
dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan,
kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam
pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga
akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian,
Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan
menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita
terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh
dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan
bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli
dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun
dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi
makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas
umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini
keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya
menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan
trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi
keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan
trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula
sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan
Yahudi.

4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy
policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran
bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita
boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin
pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.

Policy menyebutkan :

"Even after you remove information from your profile or delete your
account, copies of that information may remain viewable elsewhere to
the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed
pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other
users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani
dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak
mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan :

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose
information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests
(including criminal and civil matters) if we have a good faith belief
that the response is required by law. This may include respecting
requests from jurisdictions outside of the United States where we have
a good faith belief that the response is required by law under the
local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction,
and are consistent with generally accepted international standards. We
may also share information when we have a good faith belief it is
necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent
imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people
violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may
include sharing information with other companies, lawyers, courts or
other government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai
hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan
alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di
atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka
menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI
atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai
menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah
kawalan dan had limit.

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk
penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai
kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi
tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk
menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi,
Amerika dan lainnya.

· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan
syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN
MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna
facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan
sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara
umum.

· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan
peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi
kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya
bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan
ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal
di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti
akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar
menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka
bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar
‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh
kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma
facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database
pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika
tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada
satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia
sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak
mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook.
Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan
kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan
membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN,
malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia
DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah
diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

19 Muharram 1431 h

05 Januari 2010

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails