Thursday, 25 February 2010

Mengapa Melayu dengki?




Dengki.

Entah kenapa hati kebanyakan orang kite penuh dengan penyakit ni. Setiap kali nampak budak melayu baik sikit dari kita, kita nak sahaja menurunkan dia. Kalau bangsa lain, takdak pulak sikap ni. Kita ni, takut sesama kaum sendiri ke? Kalau begitu, memang sah takkan maju la orang melayu. Kenapa? Sebab, setiap kali ada persaingan, kita akan main taktik kotor dengan melemahkan semangat saingan kita untuk melakukan yang terbaik. Akhirnya, tiada saingan bagi kita dan tiada motivasi untuk memperbaiki kekurangan kita dan maju ke hadapan. (Patutlah Malaysia tak semaju negara Jepun dan Cina). Kalau kita contohi bangsa lain, kita boleh nampak semangat persaudaraan mereka dan betapa mereka sedia untuk saling bantu-membantu. Pada diorang, "Turun sama2, Naik pun sama2". Perbezaan yang amat ketara dengan kita yang "aku naik, engkau turun".

Nak satu contoh? Ada seorang budak perempuan ni. Setiap kali dia cakap bahasa Inggeris, loghat bagaikan dia anak British. Maklumlah, pengaruh pembelajarannya di England semasa umurnya 8 tahun tidak dapat dihilangkan. Dan, disebabkan 'slang' dia, dia menjadi bahan umpatan 'kawan2'nya yang lain. Yang tidak terkejutnya, kawan2 dari bangsa2 lain semua merujuk kepada dia pabila mereka perlukan bantuan di dalam kerja rumah mereka.

Nampak perbezaan? Bila kita orang melayu nampak kelebihan kawan, kita lebih rela menjatuhkan dia daripada mengambil manfaat dari kelebihan kawan tersebut. Akhirnya, siapa yang rugi? Melayu jugak! Bila kawan ada ilmu, taknak belajar dari kawan. Lebih rela membazirkan duit dekat institut2 pelajaran yang menguntungkan yang lain daripada melayu. Kawan offer pelajaran percuma, tak mau. Tak ke sedih?

Sedangkan Islam dah mengajar umatnya untuk saling bantu-membantu dan eratkan silratulrahim. Kenapa kita masih degil dengan kedengkian dan 'kebodohan' kita? Setiap kali ada kawan nak mencuba rezeki, ada sahaja kata2 lemah semangat yang tak henti2 keluar dari mulut kita, sampai akhirnya, orang tu pun hilang motivasi untuk berjaya. Kalau kaum lain yang buat, kita tak kisah pulak. Bahkan, lagi menggalakkan ada lah. Betullah melayu, bila boleh kita maju kalau masing2 tak puas hati dengan kejayaan kawan?

*Entri ini hanya sekadar saya menyuarakan pendapat. Jikalau tidak selesa dengan entri ini, sila maklumkan.


Tme kaceh ^-^

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails